Friday, February 19, 2010

Pondok Buruk????

Assalamualaikum n salam sejahtera........

kenapa pondok buruk menjadi pilihan...pondok dalam kamus dewan bahasa dan pustaka ialah rumah kecil yg didirikan utk kegunaan sementara saja dan rumah (digunakan utk merendah diri apabila bercakap dgn orang). Buruk pula di istilahkan sebagai usang dalam mendefinisikan sesebuah rumah.Pondok pada satu ketika dahulu adalah elemen yg penting dalam sesebuah masyarakat kampung...pondok sebagai satu medan untuk para masyarakat kampung untuk berjumpa dan bermusyawarah berkaitan pelbagai hal...pondok juga di kaitkan dengan tempat di mana penduduk kampung beristirehat sambil meyampaikan berita-berita ,luahan pendapat mengenai kampung dan sebagainya...dalam pengertian lain pula pondok buruk adalah di mana rumah bagi orang yg miskin harta...pondok buruk telah banyak melahirkan para jutawan,usahwan,negarawan dan banyak individu yg berjaya bermula dari pondok buruk...pondok buruk adalah menjadi satu tunjang kepada kesedaran kepada individu yang berjaya...bermula dengan pondok buruk lah ia menaikkan semangat untuk berjaya...akhir kate selamat datang ke pondok buruk ku....

No comments:

Post a Comment